Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat (KOPUTRA) telah ditubuhkan pada 3 Mac 1986 mengikut Akta Koperasi dan berlandaskan prinsip Syariah dalam menjalankan semua aktiviti perniagaannya.
telah ditubuhkan pada 3 Mac 1986 mengikut Akta Koperasi berdasarkan prinsip Syariah dalam menjalankan semua aktiviti perniagaannya.
KOPUTRA adalah kontraktor perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat khusus untuk Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bumiputra-Commerce Bank Berhad serta syarikat/jabatan kerajaan lain dengan jumlah pekerja pembersihan seramai 400 orang dan dilaksanakan di hampir 105 lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan , Johor, Pahang dan Terengganu. Perkhidmatan dobi adalah antara penyumbang utama pendapatan KOPUTRA. Selain itu, perkhidmatan dobi dan penyelenggaraan asrama turut diuruskan oleh KOPUTRA di pusat latihan Bumiputra-Commerce Bank Berhad di Bangi serta perkhidmatan Kawalan Perosak di Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Skop perniagaan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) merangkumi perkhidmatan Pembersihan yang menyeluruh serta kawalan makhluk perosak.
Muat turun aplikasi KOPUTRA sekarang!